Kesihatan

Tuesday, 2 July 2013

Rezeki datang!!

wooohaaa.....

Assalamuailaikum dan salam sejahtera buat pembaca-pembaca sekalian..

      Lama juga saya tak update blog ini kan... memang terlalu lama rasanya.. baiklah.. saya nak menceritakan kemana pergi menghilangnya saya di blog ini... pada disember tahun lepas, saya telah mendapat tawaran bekerja dengan PDRM sebagai Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi.. Alhamdulillah, setelah lama mencuba dalam temuduga dgn SPA, akhirnya saya berjaya dalam temuduga tersebut.. itupun sebagai calon simpanan.. tapi tak apa, yang penting berjaya juga kan.. bagi teman2 yang berjaya dalam temuduga tapi tergolong dalam katagori sebagai calon simpanan itu, jangan bimbang.. kerana sekiranya ada rezeki, pasti akan di panggil untuk mengisi jawatan tersebut.. Insya-Allah..

Balai Polis Jinjang / IPD Sentul

     Setelah mendapat tawaran, saya telah ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.. Alhamdullillah sekali lagi.. jika di imbas kembali, perjalanan saya sewaktu penempatan berjalan dengan lancar sekali.. kebimbangan mencari tempat tinggal, mencari kawan2 baru, sememangnya berjalan dengan lancar.

     Baru sahaja melapor di IPD, saya telah ditawarkan rumah oleh salah seorang rakan sekerja yang juga berasal dari Sarawak untuk menduduki rumah yang didiami beliau..peluang terbaik!!!! Jennifer, Terima kasih banyak2.. Jennifer akan berpindah semula ke Sarawak!! cemburunya....
   Oppss... untuk pengetahuan pembaca, wilayah asal saya adalah Sarawak, keterujaan mendapat pekerjaan dengan Kerajaan, terencat sedikit, kerana ditugaskan di Semenanjung Malaysia.. bohonglah bagi sesiapa yang berasal dari Sabah & Sarawak gembira kalau di tempatkan di Semenanjung dan begitu juga sebalik nya kan..??? walaupun begitu.. saya tetap menabahkan semangat, demi masa depan.. huhuhu....
     Lepas ni, saya akan bercerita keadaan kehidupan saya sebagai penjawat awam yang bertugas di kota Metropolitan, KUALA LUMPUR nanti... kita minum dulu....

Wassalam... sekian, terima kasih.

Read more...