Assalammuailakum & salam sejahtera
'perempuan-perempuan itu ladangmu,maka datangilah ladangmu sebagaimana kamu kehendaki dan kerjakanlah (amalan) untuk dirimu.Takutlah kepada Allah dan ketahuilah, bahawa kamu akan menghadapi-Nya. Dan berikanlah khabar gembira orang-orang yang beriman'
-Surah Al-Baqarah-223
'Permata Yang Hilang
Buat isteri disayang,
sebuah puisi yang belum selesai
buat anak-anak yang dikasihi
sebungkus bekalan buat keladang
buat segelintir pencari permata
yang tahu menilai cahayanya'
Ringkasan buku
Kebahagiaan rumahtangga adalah matlamat semua manusia, bagi mencapai matlamat itu, pelbagai kajian, pendapat serta petua telah dikemukakan manusia zaman berzaman.Semua itu amat berguna bagi bakal pengantin dan juga pasangan suami isteri.
Ilmu nafkah batin adalah satu ilmu yang luas.Ia bukan satu ilmu untuk keseronokan semata-mata, tetapi adalah satu ilmu yang serius dalam usaha mencapai matlamat berumah tangga yang sebenar, iaitu bagi melahirkan zuriat, pengganti bakal peminpin yang sedia ada.Ia tidak harus dianggap sesuatu yang kotor.ilmu ini tidak harus diabaikan.Bagi menyelaminya, ciri serta fungsi kejadian tubuh badan lelaki & perempuan perlu diketahui dengan terperinci, agar anggota yang digunakan bagi menjayakan nafkah batin, dapat digunakan dengan berkesan.Kombinasi dari pengetahuan Islam, bangsa Melayu serta barat dapat menolong pemahaman yang lebih Jitu.
Perlakuan jimak sering dianggap oleh orang ramai adalah satu perkara remeh dan tidak perlu untuk dipelajari.Ini adalah anggapan yang salah.sama ada dari segi Islam, bangsa Melayu @ seksologi moden, telah dinyatakan ia adalah ilmu yang perlu dipelajari.Dengan mengetahuinya, maka nafkah batin dapat disalurkan dengan berkesan dan dihargai kerana mampu memuaskan naluri pasangan.Terdapat pelbagai perkara,strategi serta rahsia jimak dari pelbagai sumber yang patut di pelajari, pilih yang mana sesuai serta amalkan mana yang disukai.Yang paling penting adalah jimak menurut pendekatan Islam, dimana ia mempunyai pelbagai kelebihan dan ganjaran.
Sama ada dari sumber moden atau tradisional, pelbagai teknik jimak telah diajarkan agar dapat memberi kepuasan, menjaga kesihatan tubuh badan,serta berkesesuaian dengan kemahuan diri serta pasangan.Ia juga membantu menyesesaikan masalah pancutan mani terlalu awal serta ketidak mampuan menerbitkan inzal isteri.Posisi jimak, teknik berdayung, serta pelbagai petua lain adalah penting diketahui bagi menawarkan pelbagai pilihan kepada pasangan dan menyesuaikan dengan keadaan.
Kesihatan tubuh badan dan minda adalah perlu bagi memastikan prestasi tenaga batin terjaga.Faktor yang memberi kesan secara langsung ialah nafas, makanan dan riadah.Ramai yang tidak sedar bahawa faktor-faktor ini menyebabkan perubahan emosi,prestasi fizikan serta kemampuan mengendalikan mental.Tanpa menjaga faktor asas,prestasi tenaga batin akan menurun.Berbagai pengetahuan serta petua dari segi ini diharapkan dapat membantu mengekalkan atau menjaga prestasi tenaga batin.Masalah lemah tenaga batin adalah masalah yang membimbangkan suami isteri.Sebab dan cara mengatasinya perlu diketahui.
Hubungan kelamin yang baik adalah salah satu faktor terpenting keharmornian rumahtangga.Melalui buku ini pembaca diharap dapat menghalusi cara melakukannya dan menjayakan nya..
fuhhhh.. penat tangan aku menaip ni... meh kita rehat sebentar.. Kit Kat...
.....bersambung.....
No comments:
Post a Comment