Kesihatan

Saturday, 24 December 2011

Merry Christmas & Happy New Year 2012


Sedar tak sedar, dah sampai ke penghujung 2011, banyak suka dan duka yang dilalui sepanjang tahun 2011..
Dan bagi Moq, banyak yang dilalui sepanjang tahun ini, di mana adegan kawan makan kawan, kawan tikam dari belakang.. kawan cakap tak serupa bikin, banyak terjadi terhadap Moq & kawan-kawan sepanjang tahun ini, dan yang paling gentar untuk kita dengar adalah, kawan yang menggunakan ilmu hitam @ cik bom untuk menjatuhkan perniagaan kawan sendiri.. Apalah mentaliti mereka-mereka ini yang hanya memikirkan jalan singkat untuk meraih kejayaan, caranya adalah dengan menjatuhkan lawan dengan cara ilmu hitam... Masya-Allah.. bertaubatlah rakan-rakan ku... sesungguhnya nikmat yang kalian terima itu, hanyalah sementara, rezeki itu kurniaan dari Allah swt..
Disamping itu, bersemperna sambutan hari natal yang akan berlangsung esok hari, Moq ingin mengucapkan Merry X'mas kepada semua rakan diseluruh dunia yang beragama Kristian yang menyambut hari Krismas.. dan juga selamat menyambut tahun baru 2012.. semoga segala impian kita di tahun 2011, sudah tercapai.. tahniah kepada mereka yang sudah mencapai impian mereka, dan berusaha lagi kepada mereka yang masih belum lagi mencapai impian mereka.. Anda Boleh!!!

** Selamat bercuti, don't drink an drive, pandu cermat, jiwa selamat...

Moq..
sekian..


Read more...

Friday, 18 November 2011

Nak Mandi Pagi...

Assalammuailaikum dan salam 1 Malaysia....

Huh, pagi ni Moq nak bercerita sikit tentang mandi.. hehehehe.. Sebelum ni Moq ada terbaca artikel mengenai cara mandi yang betul, tapi Moq jarang lah nak mempraktikannya, tapi tiba2 pagi tadi, hati terdetik pula nak cuba mempraktikannya.. jadi Moq try lah... ermmm.. memang berkesan dalam menaikan aura diri, badan terasa segar.. Fuhhh... kalau tak caye, jom anda try pulak... jom....

Pertama-tama sekali, kenalah buka air paip.. hahaha, gurau jer..selalunya kita mandi akan terus jirus air kat kepala kan?? tapi kali ini, kita mulakan dari bawah.. jiruskan air dari kaki dahulu, sebaik-baik nya mulakan dengan kaki kanan, pas tu jirus kat lutut, badan, leher lepas tu, akhir sekali, kepala..INGAT, mulakan dengan anggota badan sebelah kanan dahulu ye, lepas tu baru sebelah kiri..Anda mesti tertanya mengapa sebelah kanan,?? kita mulakan dari sebelah kanan sebab Jantung kita terletak kat sebelah kiri!!! cara ini sebenarnya penting untuk mengeluarkan haba dari badan kita...

So..? bagaimana..?? marilah kita mula mempraktikan nya.. JOM!!!

selamat mencuba..

wasallamuailaiku...

Moq

Read more...

Sunday, 13 November 2011

Permata Yang Hilang (18SX) part 2

Assalamuailaikum....
Hehehehe.. nak sambung pasal Permata yang Hilang.. memang luarbiasa sekali ya...??? pada sesiapa yang nak e-book ini, anda boleh letakkan email anda di ruangan "post a comment' email adress anda kepada saya.. apa yang saya nak katakan, memang banyak ilmu yang akan anda dapatkan dengan adanya ebook ini.. gerenti tak menyesal lah... saya sambung lagi petikan dari Permata Yang hilang lagi..

anda nak lagi????

cukuplah untuk malam ini yea.. Moq nak tido lah pulak...

kita jumpa lagi ...

Wassalam..
Moq.

Read more...

Happy Birthday Aleeya!!!!

Assalamualaikum & salam sejahtera...
Hari ini, 13 Nov 2011, anak saudara Moq nak sambut birthday.. jadi, Moq tolong-tolonglah apa yang patut, jadi Moq ambil part untuk buat dekorasi party, ala.. yang simple2 jer.. huhuhu.... bkn nya susah.. tiub belon, pas tu tampal kat dinding.. asal nampak banyak belon, nampak lah macam birthday party kan..?? nanti moq letak gambar kat sini, untuk tatapan pembaca semua.. hehehehe... 
    Nak dijadikan bahan ceritanya pulak.. anak sedara Moq ini ala2 tomboy.. tak kawan dengan perempuan sangat, mungkin faktor di sebabkan anak bongsu, pas tu satu-satunya anak perempuan dalam keluarga ada 2 org abang, sorang abgnya pulak, umur hampir sebaya, setaun jer beza nya.. mungkin disebab kan itulah sikap dia ni ala2 tomboi.. hahaha.. Jadi, taulah kalau tomboi tu macam mana?? memang tak nak pakai baju macam perempuan, dengan t-shirt nya, seluar jeans nyer, pakaian tu lah yg digunakan untuk sambut 'sebeday' dia.. namanya Alia..
 Memang Alia ni lasak & nakal.So dia jemputlah kawan2 satu kelas dia untuk sama2 sambut birthday party dia..Biasa nya Alia ni agak pemilih dalam memilih kek.(last year, tak nak kek yg tak sedap.. nak kek Secret Receipe jugak!!!!) tapi kali ni dia nak kek yang ada gambar sponge bob & angry bird pulak.... huh.. kalau tak nak, nangess, pas tu dia siap cakap kat mama dia, dia nak mama buatkan nasi bubur, sebab katanyer, kawan2 dia suka makan nasi bubur.. kau hado menu nasi bubur dalam birthday party kau???? 
     Punyalah ramaikawan si Alia ni datang, tapi tak der satu pun yang nak nyanyikan lagu Happy birthday untuk dia..malu-malu ayam kot??? Nasib baiklah 'Ngah' dia ni bijak (Moq lah tu...), burn satu disc yang penuh dengan lagu Happy Birthday..Nasib baikkan..???kalau tak, tak de lah berkumandang .... biasalah budak2.. 8 taun umur nye... bagaimana dengan hadiah pulak..??? hummm.... satu kebetulan atau apa, atau mungkin request dari Alia kot.. kebanyakkan kawan2 bagi hadiah Angry Bird, sama da patung, pencil case dan lain2 semua angry bird.. angry bird lah kau lepas ni Alia... 
       Lupa nak bagi credit kat kakak Moq yang bekerja keras kat dapur menyediakan menu Birthday Alia pada hari ini.. Kakak Moq ni memang pakar dalam menggoreng ayam... sedap ayam goreng nyer... sosej yang di goreng nyer pun sodap.. fish ball pun sedap.. apatah lagi nugget ayam, memang terbaiklah!!! Pas tu kesian pulak tengok mama Alia, kakak ipar Moq penat memasak kat dapur tu, memang marbeles lah masakan dia..tak lupa ayah Alia, abang Moq.. kerana tolong tiubkan belon, Daniel & Abang, kerana tolong tengok jer... layan gambar2 ni yea.... 


sosej & fishball
rambutan dan langsat

bubur mesti ada!!
Ayam goreng masakan Kakak ku...
Spongbob marah kat Angry bird ker??
Aleeya dan kek nyer


 sekian, wassalam...
 Moq

Read more...

Permata yang hilang (18SX) part 1

Assalammuailakum & salam sejahtera

'perempuan-perempuan itu ladangmu,maka datangilah ladangmu sebagaimana kamu kehendaki dan kerjakanlah (amalan) untuk dirimu.Takutlah kepada Allah dan ketahuilah, bahawa kamu akan menghadapi-Nya. Dan berikanlah khabar gembira orang-orang yang beriman'
-Surah Al-Baqarah-223

'Permata Yang Hilang
Buat isteri disayang,
sebuah puisi yang belum selesai
buat anak-anak yang dikasihi
sebungkus bekalan buat keladang
buat segelintir pencari permata
yang tahu menilai cahayanya'

Ringkasan buku

Kebahagiaan rumahtangga adalah matlamat semua manusia, bagi mencapai matlamat itu, pelbagai kajian, pendapat serta petua telah dikemukakan manusia zaman berzaman.Semua itu amat berguna bagi bakal pengantin dan juga pasangan suami isteri.

Ilmu nafkah batin adalah satu ilmu yang luas.Ia bukan satu ilmu untuk keseronokan semata-mata, tetapi adalah satu ilmu yang serius dalam usaha mencapai matlamat berumah tangga yang sebenar, iaitu bagi melahirkan zuriat, pengganti bakal peminpin yang sedia ada.Ia tidak harus dianggap sesuatu yang kotor.ilmu ini tidak harus diabaikan.Bagi menyelaminya, ciri serta fungsi kejadian tubuh badan lelaki & perempuan perlu diketahui dengan terperinci, agar anggota yang digunakan bagi menjayakan nafkah batin, dapat digunakan dengan berkesan.Kombinasi dari pengetahuan Islam, bangsa Melayu serta barat dapat menolong pemahaman yang lebih Jitu.

Perlakuan jimak sering dianggap oleh orang ramai adalah satu perkara remeh dan tidak perlu untuk dipelajari.Ini adalah anggapan yang salah.sama ada dari segi Islam, bangsa Melayu @ seksologi moden, telah dinyatakan ia adalah ilmu yang perlu dipelajari.Dengan mengetahuinya, maka nafkah batin dapat disalurkan dengan berkesan dan dihargai kerana mampu memuaskan naluri pasangan.Terdapat pelbagai perkara,strategi serta rahsia jimak dari pelbagai sumber yang patut di pelajari, pilih yang mana sesuai serta amalkan mana yang disukai.Yang paling penting adalah jimak menurut pendekatan Islam, dimana ia mempunyai pelbagai kelebihan dan ganjaran.

Sama ada dari sumber moden atau tradisional, pelbagai teknik jimak telah diajarkan agar dapat memberi kepuasan, menjaga kesihatan tubuh badan,serta berkesesuaian dengan kemahuan diri serta pasangan.Ia juga membantu menyesesaikan masalah pancutan mani terlalu awal serta ketidak mampuan menerbitkan inzal isteri.Posisi jimak, teknik berdayung, serta pelbagai petua lain adalah penting diketahui bagi menawarkan pelbagai pilihan kepada pasangan dan menyesuaikan dengan keadaan.

Kesihatan tubuh badan dan minda adalah perlu bagi memastikan prestasi tenaga batin terjaga.Faktor yang memberi kesan secara langsung ialah nafas, makanan dan riadah.Ramai yang tidak sedar bahawa faktor-faktor ini menyebabkan perubahan emosi,prestasi fizikan serta kemampuan mengendalikan mental.Tanpa menjaga faktor asas,prestasi tenaga batin akan menurun.Berbagai pengetahuan serta petua dari segi ini diharapkan dapat membantu mengekalkan atau menjaga prestasi tenaga batin.Masalah lemah tenaga batin adalah masalah yang membimbangkan suami isteri.Sebab dan cara mengatasinya perlu diketahui.

Hubungan kelamin yang baik adalah salah satu faktor terpenting keharmornian rumahtangga.Melalui buku ini pembaca diharap dapat menghalusi cara melakukannya dan menjayakan nya..


fuhhhh.. penat tangan aku menaip ni... meh kita rehat sebentar.. Kit Kat...

.....bersambung.....

wassallam...



Read more...

Permata yang hilang (18sx)

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Jeng..jeng..jeng.. entry kali ini Moq ingin berkongsi bersama pembaca mengenai sebuah kitab yang selalu dicari2 oleh pria-pria yang bakal mendirikan rumahtangga.di sini Moq ingin berkongsi serba sedikit mengenai kitab permata yang hilang ni.. memang menarik kandungan isi didalam kitab ini.. memang amat berguna kepada yang bakal mendirikan rumah tangga, suami & isteri.. menurunkan Ilmu rumah tangga, kalau nak tahu.. sila ikuti nukilan Moq di Blog ini ya!!!


Permata yang hilang - the lost jewel
nanti kita sambung lagi yea...

wassalamuailaikum


Read more...

Saturday, 12 November 2011

Khasiat Air Kosong


Air memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia sehari2,tanpa makanan manusia mampu hidup selama 30 hari, tetapi tanpa air, manusia hanya mampu hidup selama 3 hari..minum air kosong mampu meneutralkan toksik dalam badan kita...Air kosong juga merupakan agen pembakar lemak, jadi barang siapa yang nak kurus tu, rajin2 lah minum air kosong ek.. tapi Moq akui, memang sukar nak minum air tanpa perasa ni, manusia memang lebih suka meminum sesuatu yang berperasa.. hehehe.. contohnya, moq kalau seminggu tak minum air Coke, memang meroyan nak minum air Coke.. kena cari juga.. kalau tak manis tak best....
berbalik semula kepada khasiat air kosong.. Kajian saintis juga mendapati, orang yang banyak meminum air kosong mampu untuk mengelak pelbagai penyakit, antara penyakit:

  • sakit kepala
  • bisa-bisa badan
  • sistem jantung
  • sakit sendi (atritis)
  • meredakan denyut nadi yang cepat
  • epilepsi
  • membakar lemak yang berlebih( ermm..harus Moq selalu minum air kosong nih!!)
  • penyakit lelah
  • penyakit TB
  • cirit birit
  • sembelit
  • buasir
  • kencing manis
  • buah pinggang dan pundi kencing
hehehe... kalau macam tu, tak perlu pegi ke klinik lah kalau sakit seperti di atas..  wallahualam.. tapi ada cara pengambilan air kosong ini.. cara2 adalah seperti berikut:
  1. sebaik bangun daripada tidur, sebaik2 nya minum sebanyak 4 gelas air kosong.
  2. berus dan bersihkan mulut tetapi jangan makan apa2 selama 45 minit.
  3. selepas 45 minit, baru kita boleh bersarapan.. ( hehehe.. azab nih...lama nya tunggu)
  4. jangan makan apa2 selepas bersarapan, selepas makan tengah hari & makan malam selama 2 jam.
  5. bagi orang tua dan sakit lama yang tidak mampu untuk minum 4 gelas sehari, mulalah dengan minum segelas dan jumlahnya bolehlah di tambah hari demi hari, sehingga cukup 4 gelas.. insya-Allah..
jom kita mulakan dengan banyak minum air kosong untuk kesihatan kita bersama..

wasallam, terima kasih..

Moq


Read more...

Jom Breakfast Dengan Mee Maggie Kari... Yummy...

Assalammuailaikum dan Salam Sejahtera...

Malas nak berfikir nak makan apa untuk breakfast pada pagi ini..Jadi, jalan penyelesaian nya adalah MEE MAGGIE KARI!!!! heheheheh.. senang dan mudah nak di buat...lagipun cepat siap kan???
Jom.... mula-mula... sediakan lah perkakas untu memasak... macam ni...
mee maggie kari & telur ayam & periuk yg sesuai..

lepas tu, masukkan air, tunggu sampai mendidih... hehehehe.. lepastu masukan mee anda ke dalam periuk..

masukan mee



masukkan perencah mee
masukkan telur...

tunggu sehingga telur masak
.
tadaaa.. sekarang anda sudah boleh makan... jom kita makan....






Read more...

About me..

Assalamuailaikum & salam sejahtera..

Rasa-rasanya adalah lebih elok kiranya saya memperkenalkan diri saya kepada anda semua.. Kawan-kawan saya memanggil saya dengan nama panggilan Moq. Saya tinggal di sebuah Bandaraya yang di kenali sebagai Kuching.. Hehehe.. Siapa yang tak kenal Kuching??


Bendera Sarawak

Walaupun arwah Ayah berasal dari bandar Sri Aman & Emak dari Bandar Sarikei, saya telah tinggal di Bandaraya ini sejak kecil lagi.Tak pernah pergi ke kampung arwah Ayah di Sri Aman,(kena melalui sg batang Lupar, antara sungai yang banyak buaya.. hehehehe...) memang tak pernah balik ke kampung arwah ayah. kampung emak pulak, kami sekeluarga memang selalu balik especially kalau waktu gawai.. emak mesti nak balik punya, sebabnya waktu inilah peluang Emak nak berjumpa dengan sanak saudara beliau.

Bandaraya Kuching waktu malam

Lupa pulak nak bagi tau, sebenarnya, Emak dan Ayah berbangsa Iban, dan memeluk Agama Islam sebelum kahwin lagi, emak di angkat menjadi anak angkat kepada sebuah keluarga Islam di Bandar Sarikei.Jadilah kami adik beradik sebagai muslim yang berbangsa Iban, Kalau anda nak tahu saya pandai tak bercakap dalam bahasa iban???? yess.. saya boleh bertutur dalam bahasa Iban dengan Baik sekali..
Mempunyai 4 orang adik beradik, anak ke-3 dalam keluarga, sebenarnya saya antara yg paling nakal dalam keluarga... hehehehe.. tak lah jahat sangat.. noty sikit jer hahahaha.....
itu je lah yang saya pasal saya pada kali ini.. lain kali saya cerita lebih lagi yer!!!
Tugu kucing

Kuching Waterfront

Dewan Undangan Negeri View from kuching waterfront

Kuching Waterfront

Kuching Waterfront


Read more...

Hello fabulous....

Assalamuailaikum...

Alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin-Nya diri ini masih lagi berpeluang bernafas sekali lagi pada hari ini.Bersyukur ke atas nikmatnya yang diberikan kepada kita selama ini.
Pada hari ini, hati saya tergerak untuk mencuba membuat blog saya sendiri, iaitu lakaran kehidupan yang saya lakarkan sendiri, saya kumpul, saya luahkan kedalam blog ini..semoga para pembaca dapat sedikit pedoman dan menjadikan apa yang tersurat sebagai pedoman dalam kehidupan kalian, semoga hidup kalian menjadi lebih baik dari apa yang saya lalui.
Baiklah.. dengan ini saya berharap anda sudi untuk meluangkan sedikit masa untuk singgah ke blog saya yang tak seberapa ini, dan sekiranya sudi, tinggallah serba sedikit komen anda untuk sama di jadikan panduan terhadap khilaf diri ini.. sekian..

Wasallamuailaikum..

Moq
Read more...