Kesihatan

Saturday, 12 November 2011

Khasiat Air Kosong


Air memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia sehari2,tanpa makanan manusia mampu hidup selama 30 hari, tetapi tanpa air, manusia hanya mampu hidup selama 3 hari..minum air kosong mampu meneutralkan toksik dalam badan kita...Air kosong juga merupakan agen pembakar lemak, jadi barang siapa yang nak kurus tu, rajin2 lah minum air kosong ek.. tapi Moq akui, memang sukar nak minum air tanpa perasa ni, manusia memang lebih suka meminum sesuatu yang berperasa.. hehehe.. contohnya, moq kalau seminggu tak minum air Coke, memang meroyan nak minum air Coke.. kena cari juga.. kalau tak manis tak best....
berbalik semula kepada khasiat air kosong.. Kajian saintis juga mendapati, orang yang banyak meminum air kosong mampu untuk mengelak pelbagai penyakit, antara penyakit:

  • sakit kepala
  • bisa-bisa badan
  • sistem jantung
  • sakit sendi (atritis)
  • meredakan denyut nadi yang cepat
  • epilepsi
  • membakar lemak yang berlebih( ermm..harus Moq selalu minum air kosong nih!!)
  • penyakit lelah
  • penyakit TB
  • cirit birit
  • sembelit
  • buasir
  • kencing manis
  • buah pinggang dan pundi kencing
hehehe... kalau macam tu, tak perlu pegi ke klinik lah kalau sakit seperti di atas..  wallahualam.. tapi ada cara pengambilan air kosong ini.. cara2 adalah seperti berikut:
  1. sebaik bangun daripada tidur, sebaik2 nya minum sebanyak 4 gelas air kosong.
  2. berus dan bersihkan mulut tetapi jangan makan apa2 selama 45 minit.
  3. selepas 45 minit, baru kita boleh bersarapan.. ( hehehe.. azab nih...lama nya tunggu)
  4. jangan makan apa2 selepas bersarapan, selepas makan tengah hari & makan malam selama 2 jam.
  5. bagi orang tua dan sakit lama yang tidak mampu untuk minum 4 gelas sehari, mulalah dengan minum segelas dan jumlahnya bolehlah di tambah hari demi hari, sehingga cukup 4 gelas.. insya-Allah..
jom kita mulakan dengan banyak minum air kosong untuk kesihatan kita bersama..

wasallam, terima kasih..

Moq

No comments:

Post a Comment