Kesihatan

Monday, 17 September 2012

Herbal Aloe Concentrate Aloe Vera Mix

Herbal Aloe Concentrate Aloe Vera Mix (RM171.92)

Assalamuailaikum dan salam sejahtera,

Hari ini Moq nak bercerita mengenaikan sebuah lagi produk hebat Herbalife. Herbal Aloe.Moq dah mengamalkan meminum product ni 4 bulan yang lalu, apa yg Moq perasan, sekarang Moq sudah senang untuk 'flushing', tiada sembelit, kompleksi kulit semakin baik dan sihat...

 KELEBIHAN UTAMA 
-menenangkan perut dan melegakan kesenakan* 
-meningkatkan penyerapan nutrien* 
-menyokong imuniti dan memberi perlindungan antioksida* 
-diperbuat daripada daun lidah buaya yang berkualiti premium dan mengandungi enzim,asid amino dan vitamin. 
-mengandungi manfaat menenangkan tumbuhan kamomil. 
-didapati dalam minuman pati yang mudah disediakn. 

KENAPA ANDA MERMERLUKANNYA 
Herbal Aloe Concentrate digunakan untuk mengimbangi kesan-kesan pencernaan.Sifat menenangkannya boleh membantu menangani masalah disfungsi percernaan yang boleh menyebabkan masalah berat badan,tenaga,imuniti dan kulit.

KELEBIHAN HERBALIFE Herbal Aloe concentrate
minuman yang dirumuskan khas secara saintifik untuk menenangkan sistem pencernaan anda* Minuman Herbal Aloe mengandungi enzim,vitamin,mineral dan asid amino dalam minuman berperasa citrus yang enak. 

PENGGUNAANNYA 
Bancuh 3 penutup penuh (15ml)dengan 120ml air. Untuk menyediakan 1 liter air minuman sedia diminum,bancuhkan 120ml pati dengan 1 liter air.


Selamat mencuba..!!!!

Moq Tony

012 895 5090


Read more...

Thursday, 13 September 2012

Blended Soy & Whey Protein Powder


F3 (Blended Soy & Whey Protein Powder)- RM120.45

Dalam usaha untuk mendapatkan berat badan yang ideal lengkap, set lengkap 3 produk herbalife sangat membantu. Salah satu daripadanya ialah F3 Blended Soy & Whey Protein Powder. Tetapi, apa pentingnya mengambil F3 ini, khasiatnya dan bolehkah kita menurunkan berat badan tanpa mengambil F3?

Untuk mengetahui samada perlu atau tidak kita mengambil F3 Blended Soy & Whey Protein Powder ini, haruslah kita mengetahui nutrisi yang terkandung di dalamnya serta khasiatnya dalam pengurusan berat badan kita.

Khasiat F3:-

1) Membantu menghalang / mengurangi rasa lapar
- Apabila diambil satu sudu (kandungannya hanya 5g protein + 0g lemak + 0g karbohidrat dan tanpa kandungan gula, garam dan lain-lain) bersama-sama dengan 3 sudu Formula 1 Nutritious Shake herbalife, dapat menimbulkan rasa kenyang yang lebih lama, dan seterusnya membantu menurunkan berat badan. Yeay! =)



2) Membantu membina muscle dan meningkatkan pertumbuhan lean muscle
- Ok, faham. Jadi apa pentingnya kalau kita ada muscle dan ada banyak lean muscle dalam badan?

-Peningkatan lean muscle berfungsi dalam pertambahan tenaga dalam badan, membantu dalam pembentukan postur tubuh bermasalah selain kebiasaannya penting kepada mereka yang aktif bersukan. Kesan paling penting ialah peningkatan lean muscle dapat membantu dalam pembakaran lebih kalori! Aspek penting dalam pengurusan berat badan. 


- Ini adalah kerana kandungannya terdiri daripada sistina dan metionina yang penting membina dan menguatkan Jisim otot.

3) Mengandungi kandungan protein yang secukupnya, seperti yang diperlukan oleh tubuh badan) Membantu mengurangkan berat badan dengan cepat 


4) Mengelakkan fenomena yo-yo dalam penurunan berat badan
Dalam usaha pengurusan berat badan yang ideal, apakah tujuan dan matlamat anda dalam diet herbalife? Adakah anda mahu turun berat ataupun mahu mengurangkan inci tubuh badan? Jika anda mengambil herbalife untuk tujuan turun berat badan, maka adalah terbaik untuk turut mengambil F3 dan F1 dalam shake sihat anda ditambah rasa dengan teamix yang lazat!

Selain itu, anda juga boleh cuba untuk mempelbagaikan resepi F3 dalam pemakanan dan masakan harian anda. Sesuai sebagai tambahan nutrisi protein dalam sup, bijirin mahupun masakan anda yang lain. 




- Biasanya, kandungan protein yang diambil melalui sayuran atau daging kurang mencukupi dalam proses penurunan berat badan. Selain itu, makanan yang mengandungi protein juga turut mengandungi lemak dan kalori yang tidak diperlukan.


Wasalam..

Moq

012 895 5090

Read more...

Tuesday, 11 September 2012

Tea Mix Lemon and Hibiscus/Peach

Tea Mix Lemon & Hibiscus
Assalamuailaikum dan salam sejahtera semua...

kali ni Moq nak berkongsi maklumat mengenai Tea mix ni, teh ni juga digelarkan sebagai teh senaman kerana dengan meminum teh ini segelas dengan sukatan 1 sudu teh, bersamaan dengan bersenam selama 20 minit.. Hebat bukan??

..Tea Mix herbalife ini mengandungi extract teh hijau dari Amazon & China, Bagi yang suka minum teh dan kopi tu, apa kata tukar kepada Tea mix ni, mmg berbaloi dan takkan menyesal.. Sebab rasanya memang lazat..

Didatangkan dengan 2 perisa, lemon & hibiscus dan juga peach.disamping menyegarkan badan, anda boleh mengurangkan berat badan dalam masa yang sama, selain itu, teh ni ANTI OXIDA yang kuat, dapat membuang toksik di dalam badan, ia juga dapat menambahkan TENAGA,meningkatkan Metabolisma badan, apa yang penting, ia berkalori rendah.

Jadi apa kata kita menukarkan, hidangan kopi & teh yang biasa kita minum kepada minuman kesihatan Tea Mix ini??

Didatangkan dengan 2 saiz:
50 gram (RM133.59) - Lemon & Hibiscus
100 gram (RM232.14)- Lemon & Hibiscus/Peach

Wasalam,

Moq
012 895 5090


Read more...

Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder



Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder  (RM169.73)

  • Menyediakan vitamin dan nutrien penting  


  • Shake pengganti sajian lanjutan ini padat dengan protein dan nutrien penting. 

  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral.
  • 9 gram protein soya dan 18 gram bila dicampurkan dengan susu atau susu soya setiap hidangan campur serat untuk menolong anda berasa kenyang dan puas.
  • Boleh membantu anda menghilangkan, menambahkan atau mengekalkan berat badan.*
  • Mempunyai lima perisa.
    • French Vanilla         550 gm  
    • Dutch Chocolate 550 gm  
    • Strawberry         550 gm  
    • Tropical Fruit†         550 gm  
    • Cappuccino         550 gm  
Antara perisa kegemaran saya di atas, saya lebih suka kepada perisa strawberi, tetapi sekiranya perisa coklat di campur dengan perisa cuppucino.. perghh.. memang mantap!!!

hubungi saya jika hendak mencuba!!!

Moq 
012 895 5090

Read more...

Tuesday, 28 August 2012

SAYA SEDIA MEMBANTU ANDA!!!

Assalamuailaikum... 

Wah.. penyakit rajin nak update Moq dah datang.. hari ni dah 2 post yang Moq buat.. bukan nya apa..Oleh kerana tak de buat apa2.. jadi Moq luangkan sedikit masa nak Update Blog kesayangan Moq ni..

Bagi mereka yang ada masalah OBESITI seperti Moq, izin kan Moq membantu anda.. Insya-Allah dengan izin Nya, anda mampu merubah kehidupan anda.. Sama seperti Moq.. ingin menuju kearah hidup yang sihat.Moq pun masih lagi berusaha untuk mendapatkan berat badan yang ideal..Bersama-sama kita saling nasihat menasihati, saling memotivasikan diri..Agar dapat mencapai apa yang kita ingin kan.. Insya-Allah.


Berbekal dengan pengalaman yang ada pada diri Moq, Moq yakin boleh membantu anda.. Bagi mereka yang ada masalah berat badan, masalah kurang berat badan, masalah kuli berjerawat, yang ada kencing manis, darah tinggi, stroke dan segala macam penyakit jangan malu, jangan segan.. sila datang berjumpa @ hubungi saya.. 

"Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati"

Moq bukan menjual ubat untuk mengubati penyakit, tetapi menawarkan perkhidmatan perundingan cara mengambil Nutrisi yang sesuai dengan badan kita.. Bagaimana?? Tanya dan jumpa Moq.. anda akan memperolehi jawapan nya..

Bagi masyarakat di Sarawak, terutama di Kuching, dapatkan Produk HERBALIFE secara langsung dengan Moq.Perkhidmatan kurier juga di sediakan bagi anda yang berada di luar kuching.Kos pos adalah percuma.

Izinkan Moq menjadi coach anda!!!!

Moktar Tony
012 895 5090
moktarsupardi@gmail.com

Ubahlah hidup anda Hari Ini...


wasalamuailaikum..

Moq



Read more...

Erti sebuah pertemuan... Bahagian akhir

Assalamuailaikum...

Apa khabar semua?? selapas entry Moq dengan Kicap ajaib.. ramai yang bertanyakan Moq pasal kicap tu.. mmg menggerikan bila memikirkan pasal 4 sekawan nih...Baiklah.. lupakan cerita 4 sekawan.. sekarang Moq nak cerita perkenalan Moq dengan 3 sekawan pulak.. wah.. Alhamdulillah, bila bertemu dengan 3 sekawan ni, Hidup Moq memang berubah lah.. samada dari segi fizikal, mental dan emosi.. wah.. terlebey suda... hahahaha.. Bule ba kaloa kau!!! Memang Boleh...

Selepas Moq mengalami keadaan yang sukar..yelah..sukar utk berjalan..termengah-mengah..Kaki pulak selalu gout... huh!!! Mesti cari ikhtiar untuk menguruskan badan (pada masa tu tak de pulak terfikir nak ambik nutrisi yang betul) Kena ikut cakap doktor nih...

Then, Moq jumpa dengan Uncle Google, untuk cari info... cari, punya cari.. Moq terjumpa ni..

Wah.. Hebbalife lah beb.. Ok ke Herbalife ni??? dari sepanjang Moq cari info, setakat ni.. ini lah produk yang memberi kepuasan semasa google tuh.. sebb, ada produk yg lain tu, kalau nak ikut program, kena diet karbohidrat.. tak boleh makan nasi, katernye...Moq ni kan suka makan nasi... Weii.. kita org melayu lah.. nak jugak makan nasi... hehehehe...lepas tu, ada pulak, tak boleh makan buah2an.. aik.. cam ne tu?? tak boleh..tak boleh...

Tapi, produk HERBALIFE ni, membolehkan kita makan makanan kegemaran kita, sambil berdiet.. tertarik dengan ANDA BOLEH SHAKE 2 KALI SEHARI SAMBIL MENIKMATI MENU KEGEMARAN ANDA.. Kan??? siapa yang tak teruja???

So.. Moq pergi dapatkan maklumat, mana nak dapat kan?? dijadikan kisah, Moq telah di ketemukan dengan 3 beradik.. Bermodalkan kurang dari RM600 (Moq keluarkan duit ASB occay!!) yea..yea.. Boleh harap ke 3 beradik nih??

Formula 1, teamix & formula 3
so, sebelum ambik 3 beradik ni pada 19 April 2012, Moq nak ambik gambar.. yelah.. menjadi ke tak jadi.. macam yg di ambik org sebelum ambik apa2 produk kan..

Add caption
ni ha, gambar Moq sebelum...
Hahaha.. muka nampak macam sedeh jer...

yang ni pulak, semasa dalam proses penurunan berat badan..
dah dapat pakai baju kecik sikit


yang ni pulak selepas genap 3 bulan.. dah turun 22 kg.. wah.. banyak tu...

saja nak tarik baju kebelakang.. nak tunjuk body dah slim.. hahaha...

Yang ni pulak, gambar minggu lepas, selepas penurunan 27 kg.Dah dapat pakai baju melayu ready made.. wah...
senyum.. tak penah beli baju melayu ready made, 1st time beli.. dah ada saiz..


Sekian, Wasallam...

nanti kita jumpa lagi...

Moq

Read more...

Monday, 27 August 2012

Buat penggemar Kicap TONG NAM....

Assalamuailaikum...

Salam sejahtera Moq ucapkan buat kawan2.. Masih dalam mood raye lagi ek??? Moq, kalau boleh nak raya lagi... seronok kan Hari Raya ni.. inilah masa untuk bertemu dengan sanak-saudara, sahabat handai yang lama dah tak jumpa.. inilah masanya kan...

Tapi kali ini Moq nak share satu cerita yang benar2 terjadi kepada Famili Moq.. hehehe... jeng..jeng..jeng.. sememangnya Moq dan keluarga memang suka makan kicap cap TONG NAM nih.. mmg sedap.. sedap sehingga menjilat jari kate org..Kan... 

Alkisahnya, dua hari lepas, anak buah Moq nak makan nasi bercecah kan kicap.. ermm mmg selera menjadi-jadi dgn adanya kicap ni.. nak tau apa terjadi??? tak payah nak cakap.. saksikan jer gambar  dibawah ni...
Kicap kegemaran keluarga Moq.. eh apa yg melekat kat atas tu..??

Meh.. kita zoom sikit....

 tak nampak??? zoommm lagi...


terfikir.. bagaimana menatang ni berada dalam botol ni??? bukan 1, tapi ada 4, sekor lagi terdampar kat bawah... patutlah, nasi panas2 cecah ngan kicap ni memang sedap!!!!



Nak tukar guna kicap lain lah pulak..tapi, kicap ni mmg sedaaaaapppp.. dari kecil lagi dah guna kicap ni.. APA MACAM KAWAN-KAWAN?? ADA BRAN???

Sekian, entry untuk kali ini...

Wassalam.. MOQ



Read more...

Friday, 17 August 2012

Erti sebuah perkenalan... Bahagian 1

Kaki ku semakin sakit.. nafas ku sentiasa termengah-mengah.. nak berjalan pun susah..gout pula, sentiasa menyerang.. haishhh... jumpa doktor... 

'Haiyaa Moktar, u should reduce your weight lah..badan berat sangat maa.. kaki tidak dapat tampung your body' ayat itulah yang sering aku dengar bila berjumpa dengan doktor kalau kena serang gout..Nak tau apa itu Gout??

gout



Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.


Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.

Dah tau?? mmg sakit babe.. kalau dah kena gout, jawabnya mmg tak dapat nak berjalan.. berdenyut-denyut... aku kena lakukan sesuatu nih.... selepas baik nya dari gout..(setelah menelan ubat).. dah rasa ok sket.. Moq terus google nak cari maklumat pasal menguruskan badan... ermmm.. tak nak lah nak makan pil pelansingan badan ni.. bberat mmg turun.. tapi, akan naik semula..pas tu Moq tak nak lah jadi macam arwah kawan Moq.. gara2 pil kurus, nyawa tergadai.. nauzubillahminzalik...

Bila Moq google byk juga yg Moq jumpa... ada yang diet karbohidrat, ada yang tak boleh ambil nasi.. haishh....Moq ni kan kuat makan.. tak boleh ambik nasi pulak... macam mana tu???

Tiba2 Moq berjumpa dengan satu produk ni.. Wah.. nampak 'macam' best jer.. diet sambil makan??? Biar betul!!!! makan makanan kegemaran anda.. boleh menurunkan berat badan???
Ini mmg cukup hebat!!! Nak... nak....



malas nak tulis lagi.. nanti sambung ek...



Wassalam..

Moq






Read more...

Selamat Hari Raya AidilFitri


Wah.. sedar tak sedar, esok hari merupakan hari terakhir kita berpuasa.. Bermakna lusa kita akan menyambut hari kemenangan kita.. HARI RAYA AIDILFITRI..
Selamat Raya Aidilfitri semua.. di kesempatan ini, Moq ingin memohon seribu kemaafan kepada kawan2, biasalah dalam pergaulan kita sehari2, tentu ada lisan kita yang tak terjaga, boleh menghiris perasaan kwn2.. perbuatan Moq yang membuat semua rasa jelik.. Moq minta maaf... mohon halal kan segala makan dan minum Moq.. 
Selamat Hari Raya sekali lagi.. kepada teman2 yang ingin pergi kerumah Moq, sila2 kan lah.. Moq dgn besar hati nya menyambut kedatangan anda semua...ca;l ye sebelum datang bertandang..(012 895 5090)

wasallam,

Moq

Read more...

Wednesday, 8 August 2012

Herbalife merubah hidup Ku!!!!

Assalamuailaikum dan salam sejahtera,

Moq dilahirkan dengan tubuh badan yang sihat..Alhamdulillah... Sejak kecil hingga sekarang memang tak pernah pun merasa bagaimana rasa nya kurus...(Insya-Allah.. tidak lama lagi).. sebab nya dari kecil lagi Moq memang berbadan besar.. tapi berbadan besar ni ada kelebihan nya.. kalau kat sekolah.. mmg konpom terpilih menjadi ketua kelas.. hahahaha.. seronok gak.. kan... 

Tapi sebenarnya kalau berbadan besar @ obes ni mmg banyak kekurangan berbanding dengan kelebihan.. antaranya.. yang teramat susah.. kalau waktu sekolah dulu.. part nak cari baju sekolah ni mmg susah.. takde baju yang ready made yang ada saiz Moq.. alamatnya.. terpaksa tempah... buat baju sekolah  dan seluar.. ermmm.. custom made.. yang kurus tu.. ada tak buat custom made untuk korang???? tak de kan?? heheheh...
Bila dah dewasa pulak.. kalau nak pergi shopping.. mmg, kalau baju yang lawa-lawa tu.. mmg dah tak de SAIZ.. cancel nak beli.. yang ada saiz pun.. baju yang tak lawa.. kena gak beli.. kalau ada yg lawa tu.. ada saiz.. harga nya.. memang mahal.. jadi.. kena renung jelah baju tu.. tak pe.. nanti kalau aku kurus.. aku boleh beli baju tu!!!! Tapi.. Harapan.. tinggal harapan...

ini adalah Moq dgn berat 120 kg
Tapi Moq di kurniakan dengan tubuh yang tinggi.. jadi, gemuk tu taklah nampak ketara sangat!!!(ye ker??)
sehinggalah pada suatu ketika.. Moq kerap di serang penyakit gout, lepas tu, kaki pulak selalu lenguh2 sehingga nak berjalan pun nafas boleh menjadi semput..di tambah pula dengan seluar yang selalu ketat.. Adoyaiii.. banyak seluar yang tak muat!!!! Apa harus Moq lakukan???

Sebelum ni.. mmg Moq akui byk mengambil pil perlangsingan badan.. untuk menguruskan badan.. Mmg berat badan ada penurunan.. tetapi.. naik semula... sehinggalah Moq berasa amat tension...
Nasib baiklah Moq tak lakukan benda yang bodoh nak kuruskan badan...jadi Moq telah membuat research produk yang menguruskan badan...
zoom sikit.. gebu kan pipi Moq?? huhuhu
Dulu Moq kata.. tak pe kalau badan gemuk.. janji sihat...Alahai.. kalau badan dah gemuk tu, jangan lah kata kita ni sihat!!! nak berjalan termengah-mengah.. pas tu sakit kaki...lepas tu rasa haus.. nak minum air...
Sihat ke menda nya tu??? tak de lah sihat cam mana... ni.. layan lagi gambr Moq...
wah.... sihat kan???
Eyh..Moq belum lagi bagitau apa yang moq jumpa dalam internet.. Moq berjumpa dengan satu produk yang berjaya merubah sedikit hidup Moq...selepas 3 bulan menggunakan produk tersebut.. Moq berjaya mengurangkan berat sebanyak 22 kg!!!! Sekarang berat Moq adalah sama dengan berat Moq 12 tahun yang lalu!!!! Moq berasa amat gembira!!!
dengan penurunan berat badan, sekarang dah nampak rahang ...

sekarang dah dapat pakai baju yang kecik sikit...
Memang berpuas hati dengan produk ni..... esok lah moq sambung cerita ye...layan je gambar ne..


nampak tak perbezaan nya???


Wasalam....

Moq









Read more...

Thursday, 26 July 2012

I'm Back...

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Wah.. rindu rasanya.. lama tak update blog ni kan?.. Sebenarnya Moq ada projek sikit.. projek memantapkan kesihatan.. sejak 3 bulan kebelakangan ini Moq sibuk nak memantapkan kesihatan dan masih lagi berusaha untuk memaksimakan keputusannya.. 
Apa yang Moq sedang lakukan.. nanti akan Moq ceritakan sememangnya Moq berpuas hati dengan hasil nya..Semoga anda akan suka juga dengan hasil nya...Nanti saya kongsikan bersama ya...


Hari ini dah 6 hari kita berpuasa, semoga kita dipermudahkan urusan sepanjang bulan Ramadhan ini dan mendapat berkah.. sehingga kita berjumpa lagi... 

Wasallam..

Read more...

Monday, 30 January 2012

Anugerah Juara Lagu 26

Assalamuailaiku & salam sejahtera,

Wah... bahang juara lagi masih lagi hangat di perkatakan.Masih terngiang2 suara para finalis mengalunkan lagu mereka semalam kan..??? Moq memang sangat teruja menyaksikan AJL26 ini, walaupun hanya dari rumah..Persembahan Alyah, melalui KISAH HATI, menampilkan Remy Ishak, memang sangat menarik perhatian.Dan memang layak mendapat persembahan terbaik.
Begitu juga dengan persembahan Aizat, artis kreatif yang ditampilkan, membuat lukisan pasirnya.. memang superb.. ditambah dengan alunan musik dari angklung, memang menjadi.. susunan musik yang sangat menarik..
kemunculan 3 suara pula, dengan BERIBU SESALAN, memang dinanti-nantikan.. gabungan suara yang memang hebat..
Yang paling Moq nantikan adalah persembahan dari Hafiz, memang menarik, sempoi ditambah kemerduan suara Hafiz, memang layaklah hafiz di nobatkan untuk kali kedua berturut-turut vokal terbaik & pemenang AJL edisi yang ke-26, menerusi Awan Nano nya...


Tahniah juga diucapkan kepada finalis lain yang menampilkan persembahan yang bertenaga & hebat!!!!


Wasallam & sekian,

Moq.... mmuahhh...


Read more...

Thursday, 26 January 2012

Penipuan internet....

Assalamuailaikum & salam sejahtera...

Semoga pagi ini, pagi yang lebih ceria dari semalam buat teman pembaca sekalian...Insya-allah...
Pada pagi ini Moq ingin berkongsi serba sedikit mengenai pengalam penipuan di internet ini...Hal ini berlaku terhadap Moq..Memang Moq pernah terbaca di dalam surat khabar & juga melihat berita mengenai penipuan di internet ini dalam televisyen, tetapi baru2 ini, Moq telah mengalami pengalaman Moq sendiri...
Kisah nya begini.. Moq berkenalan dengan seorang kawan ni dari laman Facebook, dia menyatakan, dia tiada kawan2 dari Asia & ingin berkenalan dengan Moq, jadi.. sebagai seorang yang memiliki sifat2 ketimuran, Moq balas dengan baik dan sambut salam perkenalan dengan mesra dari dia... lepas itu, dia menyatakan dia sangat suka shopping dan bekerja d syarikat miyak SHELL yang berpangkalan di UK.
Belum pun sampai seminggu berkenalan dia memberitahu, ingin mengirim sesuatu dengan Moq.. itu adalah sebagai tanda persahabatan kerana Moq sudi menerima dia sebagai sahabat.. selepas itu, dia telah mengirim resit Waybill melalui email Moq
beginilah rupa resit yang didakwa
Selepas tu Moq ikut sahaja apa yang dia cakap.. (nak tengok, samada sama tak modus operandi macam yang dalam televisyen itu)... tak lama selepas itu pulak, moq telah menerima panggilan dari sebuah syarikat yang mendakwa adalah dari syarikat kurier, dan sekiranya Moq hendak mendapatkan parcel itu, Moq d kehendaki membayar sebanyak RM850..
Jadi.. apa yang Moq buat...??? Moq terus maki hamun si operator tu...(dalam bahasa Sarawak Occay..)
Selepas itu terus dia letak telefon...Takut ler tu... huh...

Jadi sebagai peringatan kepada kita semua, berhati-hati ye.. jangan tertipu dengan org, lebih2 lagi dalam internet ini...

Sekian, Wasallam...

Moq tony...

Read more...

Wednesday, 25 January 2012

HAPPY CHINESE NEW YEAR 2012


Assalamuailaikum & salam sejahtera semua... Hari ini Moq nak wish Happy chinese new year 2012, tahun naga air.. kepada semua rakan2 yang berbangsa Tionghua.. semoga tahun naga air ini membawa rezeki terhadap kita kerana masyarat cina percaya yang tahun naga air ini banyak membawa kesejukkan kepada kita, reseki yang melimpah ruah, berbanding dengan tahun yang sebelum nya.. Amin... 
Kepada yang masih bercuti, manfaatkan cuti2 kalian dengan sebaik-baiknya.. jaga diri, 'don't drink n drive'.

sekian, wasalam..

Moq Tony.

Read more...

Biarlah Begini.....

Assalamuailaikum...

Ermmm... lama tak menulis dalam blog ini karn...??? hari ini Moq nak bercerita sikit pasal diet ni...Beberapa minggu lepas Moq telah dikejutkan dengan berita mengejut, yang mengkhabarkan salah seorang kawan Moq dimasukkan ke ICU di hospital Kuching..Ketika itu Moq sedang bersiar-siar bersama kawan-kawan Moq.Apa yang lebih memeranjatkan, kami baru sahaja bercerita mengenai kawan kami ini, yang zahirnya dahulu berbadan besar, kini telah berjaya menguruskan badan dia dengan jayanya... 
Kami bercerita mengenai gambar kawan ini yang mana telah di'upload' beliau ke dalam laman sosial Facebook, menampakkan susuk badan beliau sudah kurus...belum pun sampai 10 minit kami bercerita, terus mendapat SMS menyatakan beliau dimasukkan ke Hospital Umum Kuching, dan berada di wad ICU...agak sukar untuk mempercayai nya, tetapi kami dengan kadar yang segera terus memecut kereta pergi ke HUK, untuk melawat kawan kami itu..
Sampainya di sana, bila bertemu dengan keluarga beliau.. mendapat informasi dari doktok menyatakan beliau mengambil pil 'kurus' secara berlebihan.Gara-gara obses nak kurus kawan kami ini mengambil pil kurus secara berlebihan.. pada masa itu keadaan beliau amatlah kritikan.. dan hanya berserah kepada tuhan..
Pada keesokan nya pula, Moq telah dikejutkan sekali lagi dengan berita kematian beliau..maka Moq telah kehilangan seorang kawan gara2 obses terhadap pil kurus, semata2 untuk memuaskan diri kelihatan langsing..
Untuk pengetahuan para pembaca, kawan Moq tersebut telah mengambil pil diet yang telah diharamkan oleh KKM.. Nauzubillah...
Jadi, nasihat Moq, kalau nak diet tu, ikutlah aturan nya.. makan mengikut perskripsi yang telah di tetapkan.. janganlah makan secara berlebihan... bagi Moq pula.. biarlah keadaan kita macam ni.. asalkan kita sihat... insya-allah...


sekian... Wasallam...

Read more...

Sunday, 8 January 2012

Mata wang Malaysia siri baharu



Assalamuailaikum...

Wahh.. bila Moq tengok Bank Negara melancarkan mata wang siri baharu ni, memang kagum lah.. cantik sangat!!! note RM20 yang lama tak ada tu, kini tampil semula dengan nafas terbaru.. bila tengok duit kertas dengan warna yang striking tu, teringat pulak dengan duit permainan 'monopoly' yang Moq selalu main kan waktu kecik dulu..(walaupun selalu kalah..hehehe). tapi apa pun, memang 'salute'lah dengan bank negara mengeluarkan wang kertas ni dengan ciri2 keselamatan yang mengkagumkan!!! jadi dengan itu, apa kata kita lihat jer gambar kat bawah ni.. untuk santapan mata kita.. aikkk.. lupa pulak nak bagi tau pasal duit syiling pun ada jugak kannn??? cantik.. 50sen, 20sen, 10sen & 5sen.. jom kita lihat..


wang kertas RM20 buat 'comeback' dengan versi fresh

syilling



pas tu kita layan video dia pulak:




Sekian sahaja..

wassalam...

Read more...