Kesihatan

Wednesday, 25 January 2012

Biarlah Begini.....

Assalamuailaikum...


Ermmm... lama tak menulis dalam blog ini karn...??? hari ini Moq nak bercerita sikit pasal diet ni...Beberapa minggu lepas Moq telah dikejutkan dengan berita mengejut, yang mengkhabarkan salah seorang kawan Moq dimasukkan ke ICU di hospital Kuching..Ketika itu Moq sedang bersiar-siar bersama kawan-kawan Moq.Apa yang lebih memeranjatkan, kami baru sahaja bercerita mengenai kawan kami ini, yang zahirnya dahulu berbadan besar, kini telah berjaya menguruskan badan dia dengan jayanya... 
Kami bercerita mengenai gambar kawan ini yang mana telah di'upload' beliau ke dalam laman sosial Facebook, menampakkan susuk badan beliau sudah kurus...belum pun sampai 10 minit kami bercerita, terus mendapat SMS menyatakan beliau dimasukkan ke Hospital Umum Kuching, dan berada di wad ICU...agak sukar untuk mempercayai nya, tetapi kami dengan kadar yang segera terus memecut kereta pergi ke HUK, untuk melawat kawan kami itu..
Sampainya di sana, bila bertemu dengan keluarga beliau.. mendapat informasi dari doktok menyatakan beliau mengambil pil 'kurus' secara berlebihan.Gara-gara obses nak kurus kawan kami ini mengambil pil kurus secara berlebihan.. pada masa itu keadaan beliau amatlah kritikan.. dan hanya berserah kepada tuhan..
Pada keesokan nya pula, Moq telah dikejutkan sekali lagi dengan berita kematian beliau..maka Moq telah kehilangan seorang kawan gara2 obses terhadap pil kurus, semata2 untuk memuaskan diri kelihatan langsing..
Untuk pengetahuan para pembaca, kawan Moq tersebut telah mengambil pil diet yang telah diharamkan oleh KKM.. Nauzubillah...
Jadi, nasihat Moq, kalau nak diet tu, ikutlah aturan nya.. makan mengikut perskripsi yang telah di tetapkan.. janganlah makan secara berlebihan... bagi Moq pula.. biarlah keadaan kita macam ni.. asalkan kita sihat... insya-allah...


sekian... Wasallam...

No comments:

Post a Comment