Assalamuailaikum & salam sejahtera...
Semoga pagi ini, pagi yang lebih ceria dari semalam buat teman pembaca sekalian...Insya-allah...
Pada pagi ini Moq ingin berkongsi serba sedikit mengenai pengalam penipuan di internet ini...Hal ini berlaku terhadap Moq..Memang Moq pernah terbaca di dalam surat khabar & juga melihat berita mengenai penipuan di internet ini dalam televisyen, tetapi baru2 ini, Moq telah mengalami pengalaman Moq sendiri...
Kisah nya begini.. Moq berkenalan dengan seorang kawan ni dari laman Facebook, dia menyatakan, dia tiada kawan2 dari Asia & ingin berkenalan dengan Moq, jadi.. sebagai seorang yang memiliki sifat2 ketimuran, Moq balas dengan baik dan sambut salam perkenalan dengan mesra dari dia... lepas itu, dia menyatakan dia sangat suka shopping dan bekerja d syarikat miyak SHELL yang berpangkalan di UK.
Belum pun sampai seminggu berkenalan dia memberitahu, ingin mengirim sesuatu dengan Moq.. itu adalah sebagai tanda persahabatan kerana Moq sudi menerima dia sebagai sahabat.. selepas itu, dia telah mengirim resit Waybill melalui email Moq
beginilah rupa resit yang didakwa |
Selepas tu Moq ikut sahaja apa yang dia cakap.. (nak tengok, samada sama tak modus operandi macam yang dalam televisyen itu)... tak lama selepas itu pulak, moq telah menerima panggilan dari sebuah syarikat yang mendakwa adalah dari syarikat kurier, dan sekiranya Moq hendak mendapatkan parcel itu, Moq d kehendaki membayar sebanyak RM850..
Jadi.. apa yang Moq buat...??? Moq terus maki hamun si operator tu...(dalam bahasa Sarawak Occay..)
Selepas itu terus dia letak telefon...Takut ler tu... huh...
Jadi sebagai peringatan kepada kita semua, berhati-hati ye.. jangan tertipu dengan org, lebih2 lagi dalam internet ini...
Sekian, Wasallam...
Moq tony...
No comments:
Post a Comment