Kesihatan

Sunday, 17 December 2017

Dah Terlajak Gemuk!

Alahai.. susah nak cakap, mula-mula disebabkan kecederaan di lutut.. tak boleh nk bersenam.. lepas tu.. makan.. senaman mulut katernyer.. senam punya senam.. berat kembali ke 130kg. 

Jangan salahkan sesiapa ek.. salahkan diri sendiri.. siapa yang ajak? Dah kalau kehendak diri sendiri.. nak salahkan persekitaran.. tak boleh uolls.. sekuat mana pun pengaruh persekitaran.. kalau iman uolls kuat.. tak kan terpengaruh pun.. Salahkan diri sendiri ek!😄

Lantaran dari itu... Moq dah kembali sedar.. nak buat challenge diet 30 hari.. nak try turun berat lagi..dlm 15kg selepas tamat Cabaran kurus 30 hari

Bila nak start cabaran tu? Nak try cabaran tu minggu depan!  Minggu ni nak buat preparation, nak buat menu.. nak buat plan.. nak kira bajet.. nak atur jadual buat senaman ( yang ini perlu ek)..

Apa-apa pun.. nanti Moq update ek...


Wassalam..
Moq
Kembalikan aku yang dulu.. hahaha...

Read more...

Thursday, 21 January 2016

TRANSFORMASI 100 HARI- HARI ke-90

Assalamuailaikum dan salam sejahtera..

Ini merupakan coretan Moq pertama di blog ini... hari ini merupakan hari yang ke 90 Moq berdiet..
memang ada pasang dan surut nya timbangan badan saya ni.. hehehe.. Biasalah kita kan manusia.. dalam mengharungi liku-liku hidup kadang kala ada yang terlebih makan.. kalah dek lantaran nafsu yang tidak dapat di bendung nak MAKAN!!!

Nak cerita lebih mengenai diet Moq kali ini.. kali ini memang berlainan nak diet, dulu Moq berdiet semasa Moq sebagai freelance make-up artiste.. rasanya memang agak senang nak control makan ni..pagi Moq boleh exercise.. petang pun boleh exercise jugak kan.. memang agak lancer proses diet.. sebab tu dulu boleh turun dalam 3-4 kg seminggu...

Manakala sekarang pulak saya dah bekerja di jabatan kerajaan, suasana diet dlm opis, memang banyak dugaan!!! kena kuat iman beb..tambahan pulak pantry berdepan dengan meja kerja.. hah.. ambik kau!! teman sepejabat yang dulu tau saya memang kaki MAKAN.. kalau ada makanan yg sedap2.. mesti nak ajak saya makan.. tapi sekarang bila dah tahu saya start berdiet.. dh kurang 'ajak' kan nya.. hehehehe.. Boleh pulak nak mengelak.. memang boleh beb.. iman mesti kuat.. kan..???


Tapi yang seronok nya.. dekat opis, bila Moq start diet, dan bila dia org dah Nampak perubahan Moq, semua dah start nak diet.. ada yang minta tips cam ner nak diet.. jadi Moq bagi lah tips yg Moq tau kan.. Sharing is caring kata orang.. tapi tau tak,? memang seronok tengok org pun nak berubah untuk sama menjadi sihat.. paling kurang pun dengan ilmu yang Moq turunkan kepada mereka boleh menjadi pahala yang berterusan bila moq tak ada lagi Kan? In Sha Allah

Semenjak bekerja ni.. bila diet, Moq tak leh nak senam waktu pagi lagi.. sebab.. kul 6.30 dah turun keja beb.. Masa yang ada cuma di petang hari jer.. itu pun kalau ada masa.. tapi kalau tak sempat nak jog, Moq akan cycling jer kat rumah..

Mesti ramai nak tahu berapa berat moq dah turun sepanjang 90 hari berdiet ini kan.. tapi moq tak nak Bagi tau arr... BIARLAH RAHSIA.. nanti hari yang ke-100 Moq dedahkan yer...

Alamak macam panjang pulak entry kali ni.. tak per Nanti sambung lagi..
In Sha Allah...

Wassalam,
Moq
Read more...

Tuesday, 27 October 2015

T100H DAY 4

Assalamuailaikum,

27.10.2015 (Day 4)

Sebab hari ini Moq masih berpuasa, jadi pengulangan sama seperti semalam, masih sama.. just waktu berbuka Moq makan sayur yang di rebus sahaja.. dan juga sebiji kentang yang di campur mayonis,

Selepas berbuka, Moq cycling dalam 15-20 minit jer.. hahaha.. penat lah wei.. lepas tu buat sit up sikit.. oklah jugak kan..? dari tak keluar peluh.. esok dan lusa, Moq masih lagi berpuasa, jadi buat pengulangan menu yang sama kot.. malas nak fikir.. huhuhu.. lepas tu.. hari sabtu ni nak timbang berat pulak.. hopefully ada penurunan kan..? nanti Moq update ek..




Wassalam,

Moq
Read more...

Monday, 26 October 2015

T100D DAY 3

Assalamuailaikum dan salam sejahtera,

26.10.2015 Day 3

Memandangkan hari ini Moq berpuasa, jadi ada kelainan sikit, sebenarnya sama jer kan kaedah nya, jadi apa yang Moq makan adalah seperti berikut:

Sahur

Aloe
Teamix
Shake( 2 scoop F1 + 5 scoop Oat + Sebiji pisang + 3 keping roti oreo + sedikit madu) Adoyaii.. memang sedap u..u.. Moq ambik ni sebab nak puasa kan.. kena lah berat sikit.. sebab nak tahan tenaga sepanjang hari..
Selepas tu Moq minum air 2 liter.

Berbuka Puasa

Makan kenduri di rumah kawan, makan sikit jer.. tak banyak pun.. huhuhu


Malam,

Aloe
Teamix
Shake (2 scoop F1 + 2 Scoop Oat + Honey dew)

Air seperti biasa arr.. kena ambik minima 5 liter sehari.. penting tu..Esok Moq puasa lagi.. jadi buat pengulangan lagi lah Nampak nya?? Bosan?? tak boleh nak bosan.. kena tabahkan hati, kuatkan iman.. MOQ BOLEH!!!

dapat dari pakcik google
Wassalam,

Moq
Read more...

AMANAH SAHAM SARAWAK (ASSAR)

Assalamuailaikum,

Pernah tak dengar pasal Amanah Saham Sarawak? Kalau anak jati Sarawak mungkin pernah dengar nama ASSAR ni.. mana tak nya.. kalau bulan puasa ramadhan memang glamer arr.. sebelum berbuka, memang berkumandang lagu ni.. amanah saham Sarawak..... tapi mesti ramai tak tahu lagi kan apa itu Amanah Saham Sarawak. jom kita layan gambar dulu.. bagi informasi sikit.. layan..



 

kalau buka akaun minimum RM10 ada dapat percuma tabung
Nak bagi tau jugak, Moq ada buka akaun Amanah Saham Sarawak jugak.. hehehe..Sebab apa? sebab tabung nya yang comel tu kan.. minggu lepas marketing seller dia ada buka booth bagi siapa nak buka akaun kat pejabat Moq.. Jadi Moq buka lah akaun, maka dapatlah Moq tabung simpanan yang cute tu.. bila diisi dengan duit syilling 50 sen, penuh pulak jadinya.. kan.. kenalah menabung byk2 lagi tu.. hehehehe...

Kat gambar akhir sekali tu, siapa yang berminat, bolehlah hubungi ornag marketing dia, peramah orang nya

Phillicia Nancy 
Tel: 082 231 433/0198883537
email : phillicia@assar.com.my

Sekian, terima kasih :)


Wassalam,

Moq
Read more...

T100D DAY 2

Assalamuailaikum,

25.10.2015 (day 2)

Breakfast

Aloe concentrate
Teamix
Shake (2 scoop F1 + 3 scoop oat + sepotong honeydew)

Lunch
Makan nasi goreng yang d goreng menggunakan minyak zaitun. semangkuk kecil jer.
Teamix

Petang (jalan2 cuci mata.. hehehe)
Singgah kat gerai makan, sebab teman kawan yg lapar katanya, jadi masa ni Moq mengambil semangkuk  bihun sup dan sebotol mineral. itu jer...


semangkuk bihun sup dan sebotol air mineral


Dinner

Aloe Concetrate
Teamix
Shake (2 scoop F1 + sepotong honeydew+ 2 scoop oat)

Semalam oleh kerana Moq keluar g cuci mata.. jadi pengambilan air agak kurang.. cuma 5 liter jer.. huhhuhu... sehingga kita bertemu d entry seterusnya..


Wassalam,

Moq
Read more...

Transformasi 100 hari bermula!!! Day 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

 
24.10.2015

 Moq memulakan program transformasi 100 hari Moq untuk menguruskan badan.. bukan nk jadi kurus.. nak jadi sihat jer katanya.. yelah.. susah kan kalau badan dah semakin membesar sebagai johan!!!

Berat badan Moq semasa timbangan adalah 124kg.. ermmm byk yang kena turun tu kan?? Kalau mengikut ideal weight Moq. . Berat badan yg ideal adalah 79kg.. kena turun lebih 40kg tu.. huhuhu.. tapi tak nak lh buat target nk 79kg tu.. kalau boleh nk 85kg pun dah ok kannn? Baiklah ni lah pemakanan Moq untuk Day 1


Breakfast

Aloe concentrate
Teamix
Shake ( 2 scoop F1+ 300ml air sejuk+3 scoop oat + sebiji pisang)

Lunch

Ikan panggang + sayur kobis
Teamix + aloe

Dinner

Teamix
Shake ( 2 scoop F1 + 3 scoop oat + honeydew)
Aloe concentrate  (30 minit sebelum tidur)

Disamping itu Moq mengambil sebanyak 8 liter air semalam ek.. kalau ikutkan Moq kena ambil 5 liter air sehari.. tapi Moq suka nak tambah banyak  lagi air.. semalam juga Moq berbasikal 2 sesi.. sekali waktu pagi dan sekali waktu petang.. buat senaman ringan2 sikit.. hahaha.. tak nak badan terkejut pulak nanti..

So far lagi okay.. mudahan Moq sampai ke penghujung program transformasi 100 hari ni.. Doakan ye semua..!!! Nanti Moq update di hari2 mendatang..



Wassalam 

Moq...



Read more...