Thursday, 22 October 2015
ALAHAI TIJAH.........
Assalamualaikum...
Dah tengok dah ker??? Hahahaha.. ni lah gara-gara menyenerika (betul ker perkataan yg aku guna tu?) sambil bermain-main dengan Tijah. Hah.. Tijah tu, anak kucing terbaru aku.. baru jer lahir 2 bulan lepas.. comel.. nanti aku upload gambar Tijah ek.. kekeke..
Dah tak tau nak salah kan aku ker? seterika tu ker? atau si Tijah ? Ala.. benda dah nak jadi kan? Tapi aku ni, entah kali ke berapa dah baju yang aku lubangkan.. hehehe.. jadi keluarkan si Tijah dari senarai pesalah ek.. tinggal jer aku dgn seterika..
Sebab tu aku rasa nak guna stim iron pulak.. tapi steam iron yang penah aku guna tu mmg menggerikan sekali penggunaan nya.. hahahaha.. entah lah kot.. mungkin aku ni tinggi sangat kot.. yang tempat menggantung baju tu pulak pendek, jadi sakitlah pinggang aku nak iron kan baju tu.. (dah habis adjust) jadi aku lebih selesa menggunakan seterika konvensional hmmm...
Jadi konklusi nya apa ek?? entah.. malas nak fikir plak.. jadi peringatan untuk aku masa hadapan.. sila berhati-hati nak menggunakan seterika tu..
Ni tengah kumpul motivasi nak slim kan body ni.. harap dapat sokongan dari kawan-kawan dan orang sekeliling.. amin.. mudahan dipermudahkan jalan nya.
Sehingga kita berjumpa di entry seterusnya...
Wassalam,
Moq
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment